..::Follower::..


Istiqamah... Bagaimana???


Bimillahirrohmanirrohim...

"Eh, Aiman! Macam ni... Aku da berubah, tapi... Hati aku selalu rasa macam takleh nak stay dengan apa yang aku nak berubah tu. Macam mana ek?"

Okay, di sini Aiman akan titipkan beberapa tips dan nasihat macam mana nak istiqamah dan konsisten dalam apa jua amalan yang kita lakukan. Insya-Allah, kalau benar terimalah nasihat ni. Kalau ada kekurangan, Aiman sedia terima segala nasihat dan kritikan anda.

Pertama sekali, Bila kita nak berubah, pastikan kita niat kerana Allah. Tapi pasai pa? Jawapannya sebab kalau kita berniat untuk berubah kerana selain daripada Allah a.k.a makhluk, confirmlah perubahan kita tu tak akan tetap sebab tak ada makhluk yang kekal selama-lamanya. Tapi, kalau kita berubah kerana Allah, Allah itu Maha Hidup dan Maha Kekal. Tambah pulak, kalau kita berubah kerana manusia, sia-sia je la perubahan kita tu, sebab tak dapat apa (dapat penat je la...). So, ikhlaslah kerana Allah, Insya-Allah pahalanya ada di situ. Ingatlah pesanan ni, "Janganlah kamu penat melakukan kebaikan kerana penat akan hilang, tetapi catatan pahala akan tetap berterusan. Dan janganlah kamu seronok melakukan kesalahan, kerana keseronokan itu akan hilang, tetapi najis dosa sentiasa mengekori bayang kehidupanmu."

Seterusnya, berubahlah sedikit demi sedikit. Anjakan paradigma itu perlu, tapi bagi insan yang bese-bese macam kita, jarang berkesempatan nak jadi camtu. Cuba kita beli ikan hidup dari kedai, pastu bawak balik umah, terus rendamkan ikan tu dalam akuarium, kebarangkalian (probability, cewah...) untuk ikan tu mati Insya-Allah tinggi sebab ikan tu tak dapat biasakan keadaan kat umah kita dengan keadaan 'beliau' kat kedai sebelum ni. So, renungilah lisan pujangga Melayu yang acapkali menjadi halwa telinga kita, "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain." Berubahlah walau sedikit kerana Allah Maha Memerhatikan setiap usaha kita, bukannya hasil yang kita peroleh.

Lepaih tu, jangan biarkan tohmahan orang menjadi tembok halangan pada perubahan kita. "Poyo la hang!" "Belagak alim konon!" "Bajet...!" "Kau pun penah wat salah cam kitorang jugak kan, takyah hipokrit la" "Kau tu..." "Kau ni..." Betul-betul KAW la! Hehehe... Ingat dan qasadkan dalam lubuk hati kita, kalau nak tunggu sampai perfect, maka kat dunia ni takdak sapa la yang layak nak bagi nasihat, sebab takdak sapa yang betui-betui perfect. Nabi yang maksum pun pernah ditegur oleh Allah, apatah lagi kita selaku insan yang berlumuran dengan najis dosa. Ambillah kata-kata diorang ni sebagai pencabar untuk kita meneruskan misi dakwah kita. Ingat! Utamakan pandangan Allah melampaui pandangan manusia.

Akhirulkalam, jadikanlah satu-satunya idola umat Islam yakni Rasulullah yang ditabalkan oleh Allah dalam al-Quran sebagai qudwah hasanah kepada sarwajagat. Selagi kita rasa apa yang kita buat tu benar, teruskan dan teruskan. Ingat! Setiap gerak-geri, tutur lisan, dan lintasan hati dalam pengetahuan Allah. Berusahalah sebaiknya untuk memulihkan maruah umat Islam, Insya-Allah, ameen~! Aiman doakan semoga korang sume dapat seme-seme mengambil iktibar daripada post Aiman kali ni.

.::Al-Faqir ila Al-Khaliq::.

0 comments:

Catat Ulasan

 

...::Popular Posts::..

..::Aipp, Ngendap eaa??::..

..::Man Ana::..

Foto saya
Peminjam nikmat Allah yang menanti saat memulangnya tiba