..::Follower::..


Bingkisan Qalbi


Bismillahirrohmanirrohim...

Helaan nafas pertama hari ini cukup istimewa. Kerana dengan itu bermakna Aiman masih bernyawa, dalam pelayaran menongkah arus gelora kehidupan, Alhamdulillah. Entah kenapa, belakangan ni, terasa amat mudah untuk Aiman menitiskan air mata. Visual minda selalu menghantui kotak minda Aiman. Tak pasti adakah ini peringatan daripada Allah atau hanya lintasan kosong benak pemikiran Aiman. Hakikatnya, Aiman tersekat di sebuah lorong buntu.....

Hari yang berlalu, terasa berat sangat kayuhan langkah kaki Aiman. Mungkin kerana set minda Aiman yang sentiasa dibayangi rasa gusar membuatkan segala tindak-tanduk yang Aiman lakukan, terasa serba salah dan caca merba. Ya Allah... Bantulah hamba-Mu ini... Aiman sayang semua sahabat Aiman!!! Tak pernah tercuit langsung di hati Aiman nak lukakan mana-mana orang daripada kumpulan insan yang bertakhta di hati Aiman ni. Mungkin kekhilafan dan kelekaan Aiman selama ini secara tidak langsung telah membuatkan mana-mana insan telah terluka. Tapi, Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

"Dan diwajibkan kepadamu supaya berperang sedangkan itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah, 2: 216)

Sekadar peringatan diri, buat habuan santapan rohani yang sekian lama kelaparan. Mungkin tadbir yang memisahkan kita ini merupakan peringatan Allah. Tentang bagaimana kita menjalinkan hubungan bersaudara tanpa bertali asaskan Allah. Allah nak kita ingat, yang segalanya bermula dengan Allah, dan Dialah jua yang mengakhirkannya. Sekental mana kekuatan hati kita menyambut dan menempuh peperiksaan Allah inilah, yang menjadikan harga persaudaraan kita ini melonjak tinggi nilainya di sisi Allah.


"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan digoncang (dengan pelbagai ujian), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." (Al-Baqarah, 2: 214)

Sahabatku, renungilah kata-kata cinta Allah ini. Betapa Allah itu Maha Memahami apa jua yang makhluk-Nya rasakan, fikirkan, katakan, dan lakukan. Maka tetaplah kita dengan ujian ini duhai sahabat. Semakin sayangnya Allah pada kita, semakin getirlah ujian yang menimpa. Tandanya Allah mahukan kita mengingati-Nya. Lihatlah kekasih Allah, Muhammad bin Abdullah, nabi kita. Setiap denyutan nadi baginda, baginda mengingati Allah. Kerana itulah jalan kehidupan riwayat baginda tak pernah lekang daripada diuji dan terus diuji dan terus diuji. Sedarlah, itu kekasih Allah!!!

Sahabtku, jadikanlah tembok ujian sebagai penguat jiwa kita kepada Allah. Yakinlah dengan janji-janji Allah. Segala yang terjadi, PASTI ada hikmahnya. Dan hikmah itulah buktinya Ar-Rahman Allah yang tidak pernah leka mengingati hamba-Nya tetapi kitalah sebagai hamba yang melupakan-Nya. Wallahu a'lam...

.::Al-Faqir Ila Al-Khaliq::.

1 comments:

 

...::Popular Posts::..

..::Aipp, Ngendap eaa??::..

..::Man Ana::..

Foto saya
Peminjam nikmat Allah yang menanti saat memulangnya tiba