..::Follower::..


JEREBU - PETANDA KELUARNYA YAKJUJ MAKJUJ



Gambar hiasan- Lakaran Yakjuj Makjuj

Suasana asap yang semakin menebal memenuhi ruang angkasa. Yang terlihat hanyalah segenap sisi jalanraya dan sang pencakar langit. Manusia masih jua menggerumuni dada alam demi memburu beberapa not kertas bewarna ungu, biru, merah dan sebagainya. Para pemimpin negara mula gah mempamer wajah di layar media. Bukan untuk menjernih keadaan, hanyalah ucapan lantang pendinding diri. Nauzubillahhiminzalik.

Namun di sebalik kesamaran itu, sejenis ciptaan Allah sudah mula mempamer wajah. Rakyat manusia entah sedar entah alpa. Sebahagian yg asyik mengunjung binaan bawah kubah sahaja yang barangkali sudah siap siaga bersama senjata doa. Allahu..

Aku, hanya mampu menjadi tiang tengah. Kadang iman bertambah, kadang maksiat menjengah. Tak mampu untuk menghindari keasyikan hiasan dunia. Terlalu mewah kesenangan yang cuba musuh azaliku cuba tipu dayakan ummat sejagat. Terkadang aku terfikir, ketika asyik menghirup manisan dunia, "binatang dunia" itu sudah mula menyerang saudara2 seagamaku. Ada yg tersungkur landasan akidah dek genggaman kepercayaan yang longgar. Ada yang mendabik dada menduga mencabar si laknat musuh itu. Ku harap, akulah dalam kalangan mereka. Ameen.

Mungkin bukan kali ini, mungkin dia masih bersembunyi, mungkin sedang mencari kaki-kaki. Yang pasti, dia sudah menyiapkan diri. Bersama tentera berabad diuji. Menentang musuh, yang sekian lama di cari-cari, Imam memimpin pewaris keturunan Nabi, sudah lama termaktub dalam kitab suci, insan mulia IMAM MAHDI.

p/s: Coretan ini hanya sebuah imaginasi penulis. Tiada fakta namun mungkin mampu membuka mata. Insya-Allah.

  


0 comments:

Catat Ulasan

 

...::Popular Posts::..

..::Aipp, Ngendap eaa??::..

..::Man Ana::..

Foto saya
Peminjam nikmat Allah yang menanti saat memulangnya tiba