..::Follower::..


Uitm Shah Alam,mu tunggu aku datang !

Assalamualaikum..

Fuhh,,rasanya nak dekat dua tahun dah aiman x update blog ni.. Bukan kata sawang, sampah masyarakat pon dah berlambak kat blog ni..Haha(aq gelak sorang2)..

Ok,so kenapa aiman tiba2 nak update plak kali ni ?? ahaaaa....mesti laa ada sebab yg istimewa.. Nak tahu ? Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

klik kalo nak tengok besaq2
Haaaa .. Dah tengok puaih2 ? Alhamdulilaah.. aiman berjaya ditawarkan ke UITM SHAH ALAM kos MASS COMM.. Setelah berpenat lelah belajar di KMK(Kolej Matrikulasi Kedah) dulu,inilah hasilnya..
Alfu syukran kepada semua yg telah membantu aiman sehingga ke peringkat ini .. 

Tapi pulak,ramai yg tanya,kenapa MASS COMM ? hang memang bajet nak jadi retiss ka ? Hang nak malukan imej sekolah agama hg dulu tu ka ?? 

Hahaha..sebenar benarnya aiman memang dah agak dah persoalan ni akan tersembul keluar dari mana2 pihak pon.. Ok..meh sini nak habaq mai kat hampa semua. First,act MASS COMM is not my first choice in UPU ! The first one is Universiti Malaysia Terengganu for Computer Science course.. 2nd, awat memang semua artis tu dulu kos mass comm ka ? 3rd. awat hg ingat kos mass comm ni utk ahli neraka saja ka ?? 

Actually, tak semua yg anggap kos mass comm ni teruk(akhlaknya) but mostly org berfikiran macam tu .. Ini satu lagi tahap mentaliti masyarakat MELAYU khasnya yang hanya membuat andaian tanpa penyelidikan.. (Satgi ada la tu yg nk kata dia tu makan garam dulu la makan belacan dulu la kononnya dia berpengalaman dan "tahu SEMUA").

Yes,honestly my first impression towards masscommers ni mmg macamtu,tapi bila diselidik,difahami segala rutin hidup mereka,act, it depends on your own la.. Mmg la life diorang(tapi x lama lagi "kami") sentiasa bersosial,tapi jika seseorang tu celik akal dan imannya,tak mustahil dia boleh hindari segala maksiat yg terbentang di depan mata..



Ok,di sini bukan aiman nak back up sgt masscommers,tapi tak adil la kami(aik,dah berubah,hehe) dihakimi secara mengkhinzir buta sebegini rupa.. Cuba fikir,kalau tak ada langsung orang yang ada pegangan agama yg kuat(aku ke,haha) yg nk menceburi kos ni(masscomm),thats mean sampai bila2 la benda ni tak berubah.. Dan kalau semua org pon nak anggap kos ni untuk budak2 teruk,baik hapuskan saja kos ni.. Biaq budak dentist yg pegang kamera buat broadcast,budak law berlakon filem, budak engine publish buku dan sapa2 saja boleh lead majlis(asalnya kerja budak public relations).. 

So, disini kesimpulannya, bukalah minda,jgn jadi jumud sangat,,kolam yg kotor kalau tak dicuci masakn tak menjadi sarang nyamuk aedis yg kemudiannya dianggap jahat kerana membunuh sedangkan punca masalah perlu ditunding kepada 'dia' yg sepatutnya membasuh kolam ( Ini hanya contoh,pandai2 la terjemah apa yg aiman nak maksudkan)

Ok, jadi rasanya smpai di sini saja nukilan aiman..Segala kesilapan haraplah ditegur,insya Allah 1/9/2014 aiman OFFICIALLY menjadi warga MASSCOMMERS di UITM SHAH ALAM..ameen



  




0 comments:

Catat Ulasan

 

...::Popular Posts::..

..::Aipp, Ngendap eaa??::..

..::Man Ana::..

Foto saya
Peminjam nikmat Allah yang menanti saat memulangnya tiba