..::Follower::..


Tarbiyatul Nafsi

Ramadhan Kareem..


First n foremost,jutaan trimas! kepada yang bnyak membimbing aiman belakangan ni shingga aiman dah sedikit berubah..maybe org akn kata aiman x berubah p0n,tapi kepada yg sangat2 kenai dgn diri aiman,ya..!aiman dah berubah..mmg berubah sikit ja,tapi lbey baik sikit daripada tiada..!


Kepada Madrasah Ramadhan,aiman janji akan jadi pelajar yg cemerlang spanjang persekolahan..Segala pesan CikguYang Maha Satu akn aiman patuh.ya..!huhu..Terawih,Tadarus,Puasa n semua ajaran cikgu mmg Terbaik la..~
  
Motivasi Diri

Kadang-kadang..Dalam arus perjalanan kehidupan,kita mesti pernah jatuh terhanyut..Walaupun sekali,pengalaman dibawa arus itulah yg selalu membayangi  kehidupan kita.Macamna kita nak bangun dalam masa menongkah arus deras tu,itulah pengalaman yg mematangkan kita..Tapi,tak ramai yg perasan pasal tu..Pemikiran manusia kini hanya mengiktiraf pembelajaran dalam kelas sahaja..Tanpa menafikan,ya,mmg aiman pon setuju macam tu..Tapi,pengalaman yg kita dapat tu,dan semua ilmu yg kita ada ni,bukan semuanya hasil titik keringat kita memerah otak dalam kelas saja..Ada tak dalam buku teks ajar kita cara tidur sedangkan tidur pon satu ibadah dan dianggap satu 'pekerjaan'..Kalau x,mesti x da orang yg sakit amnesia kan..??

 Ya Allah Yang Maha Membolak balikkan hati,tetapkan lah hati kami di atas agamaMu,dan ketaatan kami terhadapMu..


Sering,diri ini berusaha..bagi menadikan jiwa kehidupan yg mula mengosong..Tapi entah kenapa,kekosongan ni langsung x mampu dipenuhkan dengan apa sekalipun..Sejenak kotak pemikiran ini dibanyangi kalam suci Ilahi.."Dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang." Surah Ar-Ra'd ayat 28..Ringkas tapi amat terkesan.. Tersinggah kesedaran di jendela hati..Jelas bahawa, bagi yang mempunyai hubungan yang erat dengan Allah SWT, mereka percaya bahawa Allah itu Amat Dekat dengan hamba-hambaNya. Justeru, mereka rasa kuat dan cekal dengan kepercayaan ini. Mereka tahu bahawa mereka tidak bersendiri. Mereka tahu bahawa Allah sedang menilai mereka. Mereka tahu Allah SWT sentiasa bersama mereka. Maka apakah mereka hendak meninggalkan Allah SWT dengan berputus asa?

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Surah Al Baqarah ayat 186

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya.” Surah Al Qaaf ayat 16

2 comments:

 

...::Popular Posts::..

..::Aipp, Ngendap eaa??::..

..::Man Ana::..

Foto saya
Peminjam nikmat Allah yang menanti saat memulangnya tiba