..::Follower::..


Aku Budak SMKA..tapi,baikkah akhlak Aku??

Dengan adanya title sekolah agama tidaklah menggambarkan seseorang itu sudah ada akhlaq yang terpuji. Tetapi ia menggambarkan bahawa ia telah belajar juga tentang akhlaq dan lebih mendalam mengenai Islam berbanding mereka yang bersekolah biasa.

Ilmu agama amat penting sekarang ini sebagai perimbangan hidup di dunia dan di akhirat. Kedapatan ramai orang yang tiada langsung asas agama kemudian terus belajar agama dengan rasa gopoh tetapi tidak mengikuti asas menjadi syadid 'keras'.

Malahan pula belajar itu adalah wajib bagi setiap orang Islam yang beriman untuk mempunyai ilmu. Tanpa ilmu mundurlah umat Islam.

Tanpa mempunyai ilmu agama, kucar kacirlah kehidupan manusia dengan tiada peraturan yang sudah ditetapkan Tuhan. Manusia akan hidup dengan memuaskan nafsunya sendiri, tidak kenal mana yang halal dan haram, mana yang hak dan batil.

Oleh kerana itu, maka perlulah diajar anak-anak dengan ilmu agama. Sudah diperjelaskan dahulu rasuluLLah menyuruh kita mengajar anak-anak untuk menyintai Nabi, ahli keluarganya dan membaca al Quran.

يَرْفَعِ اللهُ الذينَ آمَنُوا والذينَ أُوتُوا العِلْمَ دَرَجَاتٍ

Allah meninggikan derajat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberikan ilmu (ulama) beberapa derajat. (QS. Al-Mujadalah: 11)

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (QS. Fathir: 28)

Yang kita lihat sekarang ini, anak-anak tidak tahu solat, derhaka pada ibu dan ayah serta guru. Bahkan ada yang tidak tahu bersyahadah. Mudah terikut-ikut dengan budaya barat yang bertentangan dengan syarak.

Apa puncanya ? tentunya kerana kekurangan atau pengabaian pendidikan agama Islam sebagai penghayatan, amalan dalam kehidupan seharian.

0 comments:

Catat Ulasan

 

...::Popular Posts::..

..::Aipp, Ngendap eaa??::..

..::Man Ana::..

Foto saya
Peminjam nikmat Allah yang menanti saat memulangnya tiba