..::Follower::..


Tegurlah..



Salam Ukhuwah..

Astaghfirullah..Memang tak semua yg kita anggap baik itu baik untuk kita..Dan tak semua yg kita anggap buruk itu buruk untuk diri kita..Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

Lazimnya,bagi warga sekolah agama(juni0r)yg nak meneg0r kesalahan abg2,akan dibalas si abang dengan ayat nie..

"Anta tau apa..Anta tu masih kecil.Jangan la buat mcm Anta tau semua.Belajar bt0i2 dulu"..

Huh..ayat kejam ni juga pernah terpacul dari mulut 0rg yg mnulis p0st nie..dan diakui,0rg yg tulis p0st nie,mmg slalu melakukan kemungkaran..Tapi selagi ada rasa tanggungjawab yg masih terpikul yg perlu diselesaikan,terpaksa jugalah menasihat saudara2 yg masih melakukan maksiat atau kesalahan..Dan disebabkan itu jugaklah akan terdengar k0mentar dr 0rang yang dinasihati itu sebegini

"Eh..akh(abg) p0n d0k buat jugak..tahu nasihat 0rang saja..Kata dulang paku serpih.Kata 0rang,dia yang lebih..Perbaiki la diri sendiri dulu sebel0m nak perbaiki 0rang.."

Huh..mmg terasa tercabarlah keeg0an si abang yang baru sja dengar k0men tersebut..Macammana ya..si juni0r yg salah atau si abang yg silap..??

Wahai adikku..abang minta maaf..mungkin,abang masih tak cukup sempurna untuk menegurmu..Mungkin abang masih ketandusan ilmu untuk t0l0ng memperbaiki dirimu..Tapi adikku..janganlah kau gunakan alasan itu semata-mata kerna tidak mahu menerima nasihatku ini..Ingatlah,tidak ada manusia yang sempurna.Kalau begitu,bermakna tiada insanlah yang cukup lengkap untuk menasihati saudara-saudaramu..Sedarkah adik,Allah juga telah menyuruh kita supaya saling meneg0r dan memperingati.Kalau adik berpegang teg0h dengan perintah Allah ni dan mempraktikkannya,adik akan faham bagaimana perasaan abang sekarang ni..

Adik harus ingat,tugas ini terpikul 0leh semua orang yang menganut agama Islam kerana sesungguhnya barangsesiapa yg mengaku tiada Tuhan selain Allah,maka dia adalah seorang pendakwah.Dalam dakwah,adik kena faham k0nsep2nya..Bukan terus jer pergi serang orang yang buat maksiat dengan kata-kata yang keras walaupun adik berniat baik.Ingat,0rang yang bijak bukan 0rang yang selalu melakukan sesuatu perkara terlebih dahulu,tapi dia adalah 0rang yang memikirkan dahulu kesan p0sitif dan negatif sebelum membuat sesuatu perkara.Abang teg0r adik dgn k0nsep islah,iaitu meneg0r sambil memperbaiki diri sendiri,dik..mgkin,adik akan faham suatu hari nnti..maafkan abang..

K0nklusinya..dalam meneg0r,kenalah ada k0nsep sebegini..
1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.

2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.

3. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya.

4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu.

5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.

Ayuh semua sahabatku, kita renungkan kembali perkara yang telah kita lakukan selama ini, nasihat yang telah kita berikan kepada orang lain atau nasihat yang diperolehi daripada orang lain, adakah kita sudah melaksanakan amanah ini? Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati.








0 comments:

Catat Ulasan

 

...::Popular Posts::..

..::Aipp, Ngendap eaa??::..

..::Man Ana::..

Foto saya
Peminjam nikmat Allah yang menanti saat memulangnya tiba