..::Follower::..


Penafian yang tidak pernah tamat

Salam..

Seringkali,kita menafikan nikmat Allah..Kita mempertikaikan segalanya..Mengapa aku x dilantik menjadi ketua..??Mengapa aku miskin..??Mengapa aku tidak ini,tidak itu..??Ya..!Penuh dengan penafian..Sedarkah kita,ketika baginda Nabi Muhammad telah dilantik menjadi nabi dan rasul,abu jahal sentiasa menafikan pelantikan tersebut.Dia menngakui lebih layak menjadi nabi kerana mempunya harta,dan kasta yg lebih tinggi..??Tidakkah perbuatan kita itu sedikit sebanyak bersamaan dengan perbuatan abu jahal sendiri..??

Baiklah..Kita mengadu,mengapa hidup kita tidak aman,tidak tenteram..Mengapa..??Periksa balik amalan kita..Adakah sempurna..??Solatkah kita..??Sebenarnya,kehidupan kita penuh dengan pertikaian..Cuba kita lihat pada diri kita sendiri..Tangan,kaki,hidung,mata,telinga..Mahukah kita jika se0rang ingin membeli tangan kita dengan harga segunung emas..??Mahukah kita menjual telinga kita dengan harga lautan permata..?Nah..!Apa lagi yg kita mahukan..?Kita punya segalanya tanpa disedari..Kita bernafas,berjalan,dan memimpin..Kita menguasai seluruh pelusuk bumi..Kita sememangnya yang dipilih utk memimpin bumi serta segala makhluk di atasnya.."Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan"  (Surah Ar Rahman)..Ayat ini berulang kali disebut Allah namun,manakah manusia-manusia yang mengaku Allah sebagai tuhannya yang mengambil pengajaran daripada ayat ini bahkan lagi yg mengamalkannya..??

Perempuan-perempuan,mempertikai..Mengapa aurat mereka melibihi daripada lelaki bahkan menganggap perintah ALLAH itu sebagai sesuatu BEBANAN..!!Nauzubillah..Sedarkah mereka,bebanan yg mereka katakan itu sebenarnya adalah satu kemuliaan yg diberikan Allah kepada mereka..mengapa diperkatakan sebegitu..??Baiklah..analoginya..jika suatu hari,anda berjalan-jalan di pasar malam dan melalui gerai-gerai yg menjual emas tiruan..Rupa dan warnanya sangat mirip emas tulen..Anda pasti tertarik untuk membelek-belek hiasan tersebut bukan..??Harganya juga pasti murah berbanding emas tulen bukan.?Anda teruskan perjalanan..Tiba-tiba,pandangan mata anda terganggu melihat kedai emas tulen yang serba mewah..Anda memasuki kedai tersebut..Bersilau mata melihat emas permata tulen yg indah tersusun di dalam kaca yg tebal..Dikawal pula oleh besi yg sangat kuat..Kita pasti ingin membelek emas tersebut ..Tapi,emas tulen tidak sama dengan emas tiruan..Harganya pula jauh berbeza..Bak langit dan bumi..

Daripada analogi tersebut,dapat diterangkan bahawa,emas tiruan tersebut amatlah seperti wanita yg tidak menutup aurat..Mudah dipegang,dibelek dan harganya sangat murah..Manakala emas tulen pula amatlah bersesuaian dikaitkan dengan seorang wanita yg menutup aurat..Mereka dijaga,dikawal rapi oleh aurat mereka..Menjaga batas pegaulan dan harga mereka lebih mahal..Maka,wahai wanita,pilihlah hargamu sendiri..

Wahai umat Islam,sedarlah..!

0 comments:

Catat Ulasan

 

...::Popular Posts::..

..::Aipp, Ngendap eaa??::..

..::Man Ana::..

Foto saya
Peminjam nikmat Allah yang menanti saat memulangnya tiba