..::Follower::..


Apa sudah jadi kawan..??

"Wei,awek hang cun gila...!mai kat aku la wei..!".."Mana boley,aq sayang dia gila kot"..

Fuh..!Terbaik punya balak..Sayang gila awek dia..Tabik spring la sama lu..!Best gila ada awek kan..??Ada orang nak sayang kita.Ada orang yang ambik berat pasal kita.Ada yang nak beri perhatian kat kita.Memang diakui,berpasangan atau 'couple' ni sangat best.Rasa macam di syurga.Dijaga oleh bidadari kesayangan.Ketika ini,kita rasakan bagai indahnya hidup.Tiap-tiap hari ber'sms',calling2,keluar jalan-jalan,tengok wayang,main boling,makan sama-sama,saling suap makanan..Pergh..macam dalam filem la katakan..

Inilah hakikatnya muda mudi sekarang.Bahkan,tidak dinafikan lagi,golongan cilik juga sudah mula bergiat aktif dalam dunia 'syurga' seperti ini.Tidak ada yang menghalang.Ibu bapa,seakan-akan merelakan pemergian anak mereka meredah lembah kegelapan yang dipenuhi duri-duri kebinasan.Mengharapkan kerajaan 'Islam' yang akan menghalang semua ni,lupakan sahaja.Lihat sahaja pemimpin-pemimpin masa kini.Tidak bertudung,berpakaian ketat.Jika dari sudut pemimpin lagi sudah digambarkan seperti ini,tidak hairanlah rakyatnya tunggang langgang.Bersalaman sesama lelaki perempuan sana sini.Apa ini yang Rasulullah tinggalkan.Sudah terbukti mereka sesat.KERANA,Nabi Muhammad sendiri bersabda(aukamaqal"Tidak akan sesat kamu selagimana kamu berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah".Berpakaian ketat,tidak bertudung,saling memfitnah,menipu sana sini,merogol,merompak sini sana,ikhtilat tidak dipedulikan.Apa ini semua yang dikatakan berpandukan Al-Quran As--Sunnah.Aiman tidak menghukum mereka sesat,tetapi sudah terang lagi bersuluh mereka telah sesat melalui hadis nabi tersebut.

Itu baru disentuh tentang kehidupan umat Islam kini,tidak lagi membicarakan tentang ibadat-ibadat kita.Solat,zakat,puasa,haji.Dalam sebuah hadis Nabi "Beza orang Islam dan Kafir adalah solat".Nah,maka sesiapa yang tidak solat,sedar-sedarlah sendiri.Jika solat masih diabaikan,usah berbicara tentang ingin berperang dengan kafir.Aiman ingin para pembaca membuat penilaian,antara dua kesalahan,melalui sebuah cerita ringkas.Seorang pegawai agama,bersama rakan-rakannya membuat serbuan ke sebuah hotel.Mereka mendapat aduan bahawa terdapat sepasang kekasih yang bukan mahram telah menempah sebuah bilik bagi melempiaskan nafsu mereka.Tanpa berlengah,mereka membuat serbuan ke bilik tersebut.Setelah menangkap pasangan tersebut,pegawai agama tersebut pulang ke rumah dengan penatnya.Beliau berehat sebentar sambil menonton televisyen tanpa menghiraukan dirinya yang masih bersolat(fardu).Setelah menonton televisyen tersebut,barulah beliau tersedar bahawa beliau masih belum bersolat sedangkan waktu solat telah habis..<>

Baiklah,jika kita nilai dari sudut mata kasar,tentu kita mengatakan bahawa orang yang berzina itu lebih teruk dari pegawai agama yang meninggalkan solat tersebut.TAPI,kita tersilap.Jika dinilai dari sudut agama,pegawai tersebut lebih bersalah.Sudahlah memgang title "pegawai agama",tapi solat sendiri pun tidak mampu dijaga.Nah,renung-renungkanlah.Aiman tidak menyokong pasangan kekasih yang melakukan zina tersebut,tapi ingin membetulkan persepsi masyarakat kini.

Berkenaan zina pula,sangatlah panjang jika ini dibincangkan.Tapi segalanya,bermula dengan 'couple'.

"Ala..kami kata ja kapel(couple),tapi mesej-mesej ja.Tak keluar date pon"
"Ala,kami kapel sat ja,t break la..Nanti kami taubat"
"Ala,kami seronok2 ja"

Paling x tahan,

"Ala,lanntak kami la..!Kubur aq,aq punya pasallah..!"

Pergh..memang manis kata2 pasangan-pasangan couple ni..Boleh dikilangkan buat gula lagi.Sudah-sudahlah dengan omongan dusta kalian.Kita manusia,memang tak akan lari dari sunnatullah.Allah berfirman"Dan JANGANlah kamu MENDEKATI zina".Siap translatekan kepada bahasa Melayu lagi ni.Tak tau lah kalau mak ayah diorang yang couple ni ajar anak-anak mereka bahawa perkataan JANGAN tu bermaksud LAKUKANLAH.Kalau macam tu,kerajaan kena buat sekolah untuk pakcik2 makcik2 yang tak tau bahasa atau anak itu sendiri yang tak faham bahasa.Tak tahu lah.kalau nak dibincangkan tentang couple ni,memang panjang.Tapi..!ingat,couple tu bukan cinta.Cinta tu sangat mulia.Manusia yang mencemarkannya.Contohnya mata.Mata merupakan anugerah yang mulia.Tapi mata akan tercemar sekiranya tuannya menggunkannya untuk melihat perkara2 maksiat.Wallahua'alam~

0 comments:

Catat Ulasan

 

...::Popular Posts::..

..::Aipp, Ngendap eaa??::..

..::Man Ana::..

Foto saya
Peminjam nikmat Allah yang menanti saat memulangnya tiba