..::Follower::..


Lafaz Yang Tersimpan

Lafaz Yang Tersimpan

Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


بسم الله الرحمن الرحيم

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan lagu
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin ku temu iras sentuhanmu
Biarpun ku redah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan



Salamullahhialaikum..

Taraaa..!!Kali ni,aiman akan menyerlahkan lagi keunikan blog aiman dengan menampilkan satu teknik nukilan yang akan merungkai,menterjemah mesej2 yang tersembunyi di sebalik bait2 lagu NASYID..huhu

Lagu yg berjudul Lafaz Yang Tersimpan ni mmg dah jadi most played song dalam handset mahupon mp3 aiman.time sedih ka,gembira ka,mmg layan dgaq lagu ni.Tapi,bukan sja layan keunikan lagu ni,aiman dapat tgkap mesej yang ingin disampaikan melalui lagu ni jgak.Alhamdulillah.

Bermula dengan rangkap yang pertama,

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya


Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Mula2,lagu ni nak menceritakan seseorang yang melihat 'kasih' yang lebih molek jika dimaknakan kepada ibu.Sebagai seorang anak yang berenang dalam arus kejahilan ummat ni,kita seringkali berat untuk menuturkan kasih kita terhadap ibubapa.Malu,segan sering bersarang di lubuk hati.Sehinggakan,ada yang sanggup membiarkan ibubapa terluka dek perbuatan mereka yang sangat susah untuk melisankan kasih dan cinta kepada ibubapa mereka.Ada juga,yang menzahirkan kasih mereka dengan sering membantu dan mengambil berat tentang ibubapa.

Lagu ni juga menyatakan betapa raut seorang ibu mampu mandamaikan hati anaknya.Realiti sekarang,anak-anak langsung tidak menghiraukan ibubapa.Biarpun titik keringat membasahi tubuh ibubapa,anak-anak hanya melihat dan berkata"Ah,itu tugas mereka membesarkan aku..!".Betapa busuk hati mereka yang sakit diserang penyakit zalim.Dalam dunia ni,takkan ada sesiapa pon yang dapat menandingi atau menggantikan tempat seorang ibu.Betapa,kasih yang dicurahkan kepada anak-anak ketika kecil waimma besar,tak kan terbalas walau dengan jutaan wang.

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia


Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Kali ni,penulis menggambarkan betapa sukar seorang anak untuk mengucapkan kasih kepada ibunya.Dia ingin meluahkan segala yang terbuku di hati,mencurahkan segala sayang.Tapi,semua itu hanya mampu diterjemahkan melalui perbuatannya sahaja.Kebisuan kalimah anak ini sebenarnya mengandungi sebaris kalimah rahsia.Hanya membiarkan masa yang pantas berlalu dan membawa pergi,lafaz sayang kepada si ibu.

Jika hari ini,seorang itu amat mudah untuk mengatakan sayang kepaada kekasih hati mereka."I Love You".Madah yang tak putus di bibir inilah yang menjadi emas jika diperkatakan kepada seorang ibu.Namun,emas inilah yang disimpan para anak dan menjadi buruan seorang ibu.Ayuh,bangkitlah para anak,lafazkan segala yg terbuku di hati,selagi Allah mengizinkan.

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata


Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Sebenarnya,tiada kerugian yang melanda seorang anak jika dia melisankan rasa sayang kepada ibu.Kasih dan cinta seorang anak itu sama sekali tidak akan terlihat dengan hanya tatapan mata yang bertutur.Apa guna lidah jika bukan untuk berbicara.

Mati,akan memutuskan segala pertuturan seorang anak terhadap ibunya.Apa yang selama ni terpendam,apa yang selama ini dirasa,jika diucapkan selepas meninggal si ibu,menjadi sia-sia.Sedangkan ketika hidup,langsung kering bibir untuk menyatakan perasaan tersebut.Maka,selagi nafas dalam helaan,jangan biarkan kebisuan menjadi raja di mulut.Basahkan bibir untuk mengucapkan,SAYA SAYANG IBU..!

Wallahua'alam..

1 comments:

 

...::Popular Posts::..

..::Aipp, Ngendap eaa??::..

..::Man Ana::..

Foto saya
Peminjam nikmat Allah yang menanti saat memulangnya tiba